Saturday 25 August 2012

Teori Perkembangan Arnold Gesell


Arnold Gesell telah mengemukakan satu teori berupa teori kematangan biologi yang mengatakan tingkah laku individu berkembang mengikut jadual masa yang tetap. Ini Bermaksud apabila sudah sampai masa perkembangan manusia itu pasti berlaku. Bagi beliau kematangan merupakan faktor yang utama dan menentukan proses pembelajaran. Perkembangan bagi kelakuan, pertumbuhan tisu  dan organ serta fungsi-fungsi lain berkembang mengikut pola dan urutan yang terkawal. Oleh yang demikian , perlakuan kanak-kanak boleh diramalkan. Oleh kerana beliau mempercayai kematangan menjadi faktor utama dalam proses pembelajaran. Ini bererti beliau mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan kanak-kanak .

Faktor-faktor persekitaran dan kebudayaan hanya bertindak sebagai pengaruh sekunder yang dapat mengubahsuai kemajuan perkembangan.   Beliau menghormati hak dan individualiti kanak-kanak dan mempercayai kanak-kanak bebas untuk mendapatkan pendidikan. Kanak-kanak harus dibenarkan berkembang mengikut kadar perkembangan sendiri, kanak-kanak tidak perlu dipaksa untuk mencapai suatu peringkat perkembangan . Personaliti, kadar pertumbuhan minat dan kebolehan adalah aspek-aspek yang dimiliki oleh individu. Oleh itu wujud kadar pertumbuhan yang berlainan yang berlaku pada masa yang berlainan. Oleh itu perbezaan individu sering berlaku sangat penting dan harus diketahui di semua peringkat.

Beliau membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat seperti di bawah:

i.                 Peringkat Pertama ( 0 – 1 tahun )

Semasa berumur sebulan bayi boleh menghasilkan tangisan berlainan untuk membezakan tangisan lapar dan tangisan yang inginkan belaian ibu. Semasa berusia 4 bulan , bayi melalui peringkat awal perkembangan emosi seperti ketawa apabila gembira  sementara di usia 8 bulan, perkembangan psikomotor bayi telah meningkat  di mana bayi boleh menggenggam objek yang diberikan kepadanya. Bagi bayi berusia 1 tahun pula telah boleh berdiri.

ii.                Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )

Kanak-kanak mulai berjalan berjalan , bercakap dan memahami makna “jangan”.  Pada akhir peringkat ini boleh berjalan dan berlari serta mula bercakap tetapi masih pelat.

iii.              Peringkat Ketiga ( 2 – 3 tahun )

Kanak-kanak mula makan bersendirian dan bercakap menggunakan ayat yang mudah.


iv.              Peringkat Keempat ( 3 – 4 tahun )

Kanak-kanak boleh  menunggang basikal roda tiga dan dapat menerima arahan mudah ibu bapa.

v.               Peringkat kelima ( 4 – 6 tahun )
Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berupaya mengemukakan soalan berperingkat-peringkat.Kanak-kanak sudah boleh membezakan di antara yang betul dan yang salah serta sedia mendengar pendapat orang lain.



No comments:

Post a Comment