Pengetahuan
mengenai teori perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak akan memberi banyak
faedah terutamanya kepada ibu bapa dan guru untuk membuat keputusan mengenai
pembelajaran yang perlu ditegaskan.
Teori
perkembangan dan pertumbuhan memberi banyak implikasi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru seharusnya sensitif dengan perbezaan individu yang wujud
dalam kalangan murid-murid. Secara umumnya, guru akan menyediakan objektif, isi
pelajaran, bahan dan aktiviti yang sesuai dengan tahap perkembangan dan
pertumbuhan murid-mirid bagi tujuan menarik minat mereka di samping persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Guru boleh merancang aktiviti
berkumpulan untuk membantu perkembangan murid. Aktiviti pembelajaran koperatif
dan kolaboratif dapat mambantu tumbesaran dan perkembangan yang berlaianan.
Selain
itu, penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai dapat membentuk
konsep yang tepat serta dapat menarik minat murid-murid. Ini dapat menjana
perkebangan kognitif dalam kalangan murid-murid.
Mengetahui
seseorang murid mengalami sesuatu peringkat tugasan pada zamannya, guru akan
memahami kelakuan murid dan membantu membina persekitaran pembelajaran yang
akan menolong murid tersebut menguasai ciri-ciri perkembangan dalam peringkat
tugasan itu. Isi pelajaran disusun supaya mudah difahami. Guru akan menyediakan
pelajaran bermula daripada senang kepada yang lebih susah, umum kepada khusus
dan konkrit kepada abstrak serta memberikan tugasan yang sesuai dengan tahap
pencapaian murid.
Implikasi
pada sudut perkembangan jasmani membolehkan guru menguruskan pengajaran dan
permainan serta kerja amali mengikut perkembangan fizikal murid-murid. Guru
akan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan kematangan murid-murid. Contohnya,
guru menyediakan aktiviti senaman yang sesuai, bermakna dan lebih
menyeronokkan.
Dari
segi perkembangan emosi dan rohani pula, guru dapat memupuk emosi yang sihat
sesuai dengan peringkat perkembangan dan keperluan murid. Guru dapat mengawal
atau mencegah tingkah laku yang negatif atau emosi yang tidak diingini. Guru
akan bersifat lebih penyayang dan membantu murid-murid mengawal emosi dalam
situasi-situasi tertentu. Guru yang memahami peringkat perkembangan emosi
murid-murid dan membimbing mereka menghadapi atau menyelesaikan masalah dengan
cara yang betul.
Manakala dari sudut perkembangan sosial, guru
akan menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk menggalakkan interaksi dan
sosialisasi. Aktiviti projek, perbincangan, permainan secara kumpulan akan
merangsang perkembangan sosial murid-murid. Guru boleh mengaturkan aktiviti
berkumpulan supaya murid dapat berkerjasama menyelesaikan masalah pembelajaran
bersama-sama.
No comments:
Post a Comment