Thursday, 30 August 2012
Saturday, 25 August 2012
Implikasi Teori Perkembangan Dan Pertumbuhan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengetahuan
mengenai teori perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak akan memberi banyak
faedah terutamanya kepada ibu bapa dan guru untuk membuat keputusan mengenai
pembelajaran yang perlu ditegaskan.
Teori
perkembangan dan pertumbuhan memberi banyak implikasi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru seharusnya sensitif dengan perbezaan individu yang wujud
dalam kalangan murid-murid. Secara umumnya, guru akan menyediakan objektif, isi
pelajaran, bahan dan aktiviti yang sesuai dengan tahap perkembangan dan
pertumbuhan murid-mirid bagi tujuan menarik minat mereka di samping persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Guru boleh merancang aktiviti
berkumpulan untuk membantu perkembangan murid. Aktiviti pembelajaran koperatif
dan kolaboratif dapat mambantu tumbesaran dan perkembangan yang berlaianan.
Selain
itu, penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai dapat membentuk
konsep yang tepat serta dapat menarik minat murid-murid. Ini dapat menjana
perkebangan kognitif dalam kalangan murid-murid.
Mengetahui
seseorang murid mengalami sesuatu peringkat tugasan pada zamannya, guru akan
memahami kelakuan murid dan membantu membina persekitaran pembelajaran yang
akan menolong murid tersebut menguasai ciri-ciri perkembangan dalam peringkat
tugasan itu. Isi pelajaran disusun supaya mudah difahami. Guru akan menyediakan
pelajaran bermula daripada senang kepada yang lebih susah, umum kepada khusus
dan konkrit kepada abstrak serta memberikan tugasan yang sesuai dengan tahap
pencapaian murid.
Implikasi
pada sudut perkembangan jasmani membolehkan guru menguruskan pengajaran dan
permainan serta kerja amali mengikut perkembangan fizikal murid-murid. Guru
akan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan kematangan murid-murid. Contohnya,
guru menyediakan aktiviti senaman yang sesuai, bermakna dan lebih
menyeronokkan.
Dari
segi perkembangan emosi dan rohani pula, guru dapat memupuk emosi yang sihat
sesuai dengan peringkat perkembangan dan keperluan murid. Guru dapat mengawal
atau mencegah tingkah laku yang negatif atau emosi yang tidak diingini. Guru
akan bersifat lebih penyayang dan membantu murid-murid mengawal emosi dalam
situasi-situasi tertentu. Guru yang memahami peringkat perkembangan emosi
murid-murid dan membimbing mereka menghadapi atau menyelesaikan masalah dengan
cara yang betul.
Manakala dari sudut perkembangan sosial, guru
akan menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk menggalakkan interaksi dan
sosialisasi. Aktiviti projek, perbincangan, permainan secara kumpulan akan
merangsang perkembangan sosial murid-murid. Guru boleh mengaturkan aktiviti
berkumpulan supaya murid dapat berkerjasama menyelesaikan masalah pembelajaran
bersama-sama.
Teori Perkembangan Lawrence Kohlberg
Lawrence
Kohlberg dilahirkan pada 25 Oktober 1927 di Bronxville, New York,
Amerika
Serikat dan meninggal 19 Januari 1987 pada umur 59 tahun. Beliau berasal dari sebuah keluarga
berada. Beliau belajar di Akademi Philips, sebuah pusat pengajian terkenal. Beliau
mendaftar ke Universiti Chicago pada tahun 1948 dan telah memperoleh gelaran
sarjana dalam psikologi dalam waktu hanya satu tahun. Beliau bunuh diri dengan
menenggelamkan dirinya di Lautan Atlantik akibat tekanan dan penderitaan
penyakit yang merebak pada masa itu.
Kohlberg
terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui kajian yang telah
dijalankan di Pusat Havard untuk Pendidikan Moral. Teori yang dikemukakan oleh
beliau ialah lanjutan daripada Teori Jean Piaget. Menurut Kolhberg, pada tahap
perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang
salah. Dia juga akan memperaktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan
dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui
maksud moral yang sebenar.
Teori
perkembangan Lawrence Kohlberg berfokus kepada peringkat-peringkat perkembangan
moral dalam setiap individu. Lawrence Kohlberg menekankan bahawa individu
berbeza membuat penaakulan tentang pendedahan dan dan perkembangan moral
masing-masing.
Peringkat
perkembangan moral bersifat hierarki, berstruktur, bersistematik, dan tidak
berbalik. Apabila individu berada pada peringkat yang lebih tinggi bermakna dia
telah melalui peringkat moral yang lebih rendah. Cara seseorang menganalisa
menginterpretasikan serta membuat
keputusan merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan moral secara
keseluruhannya.
Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral ialah tahap
Pra-Konvensional. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan
hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Dalam tahap ini terdapat
dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat
orientasi jangkaan individu.
Peringkat pertama ialah orientasi kepatuhan
dan hukuman. Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun
di mana penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang
akan dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah
untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai
sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan
diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk
kepada harapan masyarakat.
Peringkat kedua ialah orientasi ganjaran
peribadi. Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri.
Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian
terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau
menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip
keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada
kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk
berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif.
Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral
Kohlberg ialah tahap Konvensional. Dalam tahap ini, inividu sudah mula
mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa,
guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan
baik dan akur kepada sistem sosial.
Peringkat ketiga ialah orientasi perlakuan
baik. Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk
menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang
berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik.
Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang
yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam
kumpulan rakan sebaya.
Peringkat keempat ialah akur kepada sisitem
sosial dan etika peraturan. Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi
penghormatan seseorang individu itu kepada undang-undang sedia ada. Individu
pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap
undang-undang yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat
seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang
kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran
moral peringkat ini.
Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam
perkembangan moral Kohlberg ialah Pos-Konvensional. Pada tahap ini individu mula
meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral.
Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri. Dua peringkat yang
terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika
prinsip sejagat.
Peringkat kelima ialah etik kontrak sosial
dan hak individu. Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah,
keadilan, persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang
dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan
sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat
ini menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah
suai untuk kesejahteraan umat atau manusia.
Peringkat keenam ialah etika prinsip sejagat. Pada
peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan
kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada
peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini
melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan
oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. Mereka
juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela
kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.
Kohlberg interview
Teori Perkembangan Erik Erikson
Erik
Homburger Erikson dilahirkan di Frankurt, Jerman pada 15 juni 1902. Buku
pertamanya adalah Childhood dan Society (1950) yang menjadi salah satu buku
klasik dalam bidang psikologi. Erik
Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang
komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan
mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya
sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga
faktor yang mempengaruhi perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor
sosial.
Berdasarkan
Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan
psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat
perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang
dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan
negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.
Peringkat
pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu pada peringkat umur 0
hingga 18 bulan. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang
dan kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai
contoh, dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa
selamat dan percaya pada ibu bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang
dicurahkan sepenuh hati. Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu
bapa atau orang yang tidak dikenali berhampiran dengannya.
Peringkat
kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak berumur
18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba berdikari
untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Sebagai
contoh, kanak-kanak yang ingin cuba makan dan minum sendiri, membuang air,
memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka
perlakuan fizikal ini akan mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang
tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya.
Peringkat
ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa bersalah pula akan ditempuhi oleh
kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan
terus bersikap berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang
digemarinya. Mereka suka dan kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan
penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan
menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak tersebut. Manakala, kanak-kanak
yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa bersalah dan tidak yakin
terhadap dirinya sendiri.
Secara
teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan rendah diri yang wujud
pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Setiap kanak-kanak akan
menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baru atau menghadapai risiko
perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu
perkara. Contohnya dapat dilihat pada kanak-kanak yang telah memasuki alam
persekolahan. Mereka akan berusaha sadaya upaya untuk mendapat kedudukan
terbaik di dalam kelas. Mereka sering bersaing dengan rakan dalam apa jua
aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan berasa rendah diri apabila gagal
mencapai apa yang diinginkan.
Peringkat
kelima ialah fasa identiti lawan ego rendah yang berlaku pada kanak-kanak yang
sudah meningkat remaja. Mereka mula dan sentiasa mencari identiti diri sama ada
dalam personaliti, bidang pekerjaan, perasaan jantina, politik dan agama. Pada
peringkat ini, mereka keliru terhadap identiti diri seterusnya mudah terikut
dan terpengaruh terutamanya persekitaran sosial mereka.
Memasuki
fasa intim lawan bersendirian, individu yang dalam lingkungan umur 20-an mula
membina hubungan rapat sama ada sebagai kawan atau kekasih. Individu ini mula
mengenali diri sendiri. Pada peringkat keenam ini, krisis utama ialah membentuk
hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga.
Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain
(suami atau isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak
dapat membina keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan
dengan orang lain.
Peringkat
ketujuh ialah fasa generatif lawan stagnasi akan dilalui oleh individu dalam
lingkungan umur 20-an hingga 50-an. Generatif merujuk kepada usaha seseorang
untuk memberi sumbangan untuk generasi akan datang. Seorang dewasa akan berpuas
hati sekiranya dapat mambantu masyarakat dan Negara. di samping itu, mereka juga
akan menjalani kehidupan berkeluarga dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan membawa
kepada perasaan kecewa dan tidak berpuas hati
serta mementingkan diri sendiri.
Peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan
rasa kecewa berlaku pada individu yang menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu
yang telah sampai ke peringkat ini telah melalui pelbagai pengalaman dan
cabaran dalam hidupnya. Individu yang berjaya malaui segala krisis perkembangan
akan membawa kepada kedudukan dan kekecewaan di hari tua.
Teori Perkembangan Robert Havighust
Robert Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900.
Beliau merupakan pemegang ijazah Ph.D dalam bidang kimia dari Universiti Ohio. Beliau
pernah menjadi guru Sains di Sekolah Tinggi dan Maktab Perguruan. Havighurst
telah mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses
pendidikan. Beliau mendapat gelaran Professor Emiritus in Development and
Education, dan berjaya menerbitkan buku yang bertajuk “Human Development and Education” pada tahun 1953.
Robert Havighurst menerangkan konsep tugas
dalam teori perkembangannya. Menurut beliau, pada setiap peringkat
perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan
tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagiaan kepada individu manakala
kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu
mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa
perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan
budaya masyarakat.
Setiap kategori tugasan yang timbul adalah
akibat daripada kematangan fizikal, perkembangan peribadi dan keperluan
masyarakat. Kematangan fizikal merujuk kepada aksi-aksi berjalan, bercakap,
akil baligh, tarikan seks dan kesan-kesan monopos. Perkembangan fizikal pula
merujuk kepada perkembangan keperibadian, nilai-nilai, pembinaan konsep
kendiri, harga diri serta kemahiran untuk berjaya dalam kerjaya. Keperluan
masyarakat merujuk kepada proses membina tanggungjawab kepada masyarakat.
Robert
Havighurst telah menyenaraikan enam peringkat perkembangan manusia dalam
teorinya. Peringkat pertama ialah peringkat bayi hingga awal zaman kanak-kanak,
iaitu dari kelahiran hingga berumur 5 tahun. Berdasarkan teori, pada peringkat
ini bayi mula menjalinkan kasih sayang dengan ibu bapanya. Pada tahap ini, kanak-kanak
mencapai kecerdasan deria dan memahami sifat objek. Sebagai contoh, mereka
ketawa kerana gembira. Melalui pemerhatian, kanak-kanak mula belajar makan
makanan pejal dengan sendiri dan berhubung melalui isyarat, simbol atau tanda. Daripada
pengalaman dan penerokaan yang dialami, kanak-kanak ini juga mula memahami
tindakan-tindakan yang betul dan yang salah.
Peringkat
kedua ialah peringkat pertengahan zaman kanak-kanak, iaitu berumur 6 hingga 12
tahun. Pada peringkat ini mereka mula belajar kemahiran-kemahiran fizikal untuk
bermain. Contohnya, belajar membaling atau menyambut bola dengan betul. Mereka
mula bersosial dengan kanak-kanak yang sebaya dan mula memahami peranan
bermasyarakat. Mereka lebih berdikari dan membentuk konsep diri yang positif.
Bagi kanak-kanak yang sudah masuk ke alam persekolahan, mereka mula membina
kemahiran-kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Peringkat
ketiga ialah peringkat remaja, iaitu berumur 13 hingga 18 tahun. Pada peringkat
ini, persahabatan yang lebih matang dibina dengan rakan-rakan yang dipercayai. Mereka
ingin mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa dan orang dewasa. Walau
bagaimanapun, ibu bapa haruslah memberi lebih perhatian supaya mereka tidak
terlalu bebas tanpa pengawasan. Mereka juga mula ingin mengurus kewangan
sendiri dan membina ideologi sendiri.
Peringkat
keempat ialah peringkat awal dewasa. Pada umur 19 hingga 29 tahun, mereka mula
membuat pilihan-pilihan kerjaya yang bernas di samping memulakan perhubungan
intim. Mereka lebih bersedia untuk berkahwin dan memulakan kehidupan rumah
tangga. Pertambahan ahli dalam keluarga mengakibatkan mereka mula membentuk
kumpulan sosial sendiri.
Peringkat
kelima ialah pertengahan dewasa, iaitu dalam lingkungan umur 30 hingga 60
tahun, mereka mula membantu kanak-kanak dan membenarkan kanak-kanak membuat
keputusan. Pada peringkat ini juga mereka berada dalam fasa pengukuhan kerjaya
atau mula berkerja sendiri.
Peringkat keenam ialah pada peringkat kematangan
lewat, iaitu berumur 60 tahun dan ke atas. Pada peringkat ini mereka lebih
mementingkan kesihatan diri, gaya hidup yang positif dan pecapaian kerohanian. Mereka sering
menggunakan kebijaksanaan dan sering menjadi tumpuan orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)